Tuesday, 26 May 2015

SINGA TEWASKAN KIJANG,JUARAI PIALA FA 2015

1MDB: SELURUH KABINET PERLU BERTANGGUNGJAWAB






Keseluruhan Kabinet patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi syarikat 1Malaysia Development Berhad, kata veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini, dan menambah beban itu bukan di bahu perdana menteri seorang saja.



Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.



“Semua di sana (dalam Kabinet) perlu bertanggungjawab secara kolektif terhadap masalah itu. Anda tidak boleh kata ia bukan masalah anda, bukan masalah saya,” kata bekas menteri kewangan itu kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.







“Selagi anda anggota Kabinet, sama ada anda tahu atau tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam kerajaan, anda sama dan turut bertanggungjawab,” katanya.

Tengku Razaleigh hari ini berkata tidak sewajarnya ahli Kabinet dakwa tidak tahu mengenai skandal itu, memandangkan sudah ramai yang bercakap mengenai 1MDB.



“Orang lain tahu, bagaimana ahli Kabinet tidak tahu? Sibuk dengan perkara lain?,” katanya yang juga ahli Parlimen Gua Musang.



Bagaimanapun, beliau enggan berkongsi pandangannya berhubung syarikat yang sedang sarat menanggung hutang itu, berkata beliau harap untuk mendapatkan “gambaran keseluruhan” terlebih dulu.



Katanya, 1MDB menjadi “buah mulut kerana ada sesuatu yang di luar kebiasaan dan di ambang penipuan”, tetapi menambah beliau akan menunggu sehingga laporan rasmi dikeluarkan.



“Kita hanya bergantung pada maklumat yang keluar cebisan demi cebisan daripada pelbagai sumber.



“Jadi mari kita lihat keseluruhan gambar. Pada masa ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga sedang menyusun untuk bagaimana melihat masalah ini,” katanya.



Jawatankuasa dwi parti itu memulakan prosidingnya mengenai perkara itu pada Selasa lalu, selepas memutuskan untuk tidak menunggu siasatan ketua audit negara disiapkan.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menjalankan siasatan dan menyerahkan hasilnya kepada PAC untuk ketelusan. Tetapi, kritikan yang semakin banyak dan pendedahan dalam laman web Sarawak Report mendorong PAC memulakan pendengarannya lebih awal.



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu itu, dan berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana hendak memberi penjelasan kepada rakyat mengenai masalah 1MDB, yang menanggung RM42 bilion hutang dalam hanya 6 tahun beroperasi. – 25 Mei, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/seluruh-kabinet-bertanggungjawab-atas-1mdb-kata-ku-li#sthash.z4EEM5FO.dpuf



TMI












Thursday, 21 May 2015

JAWATAN KOSONG: TUKANG PANCUNG








Mengiklankan pekerjaan menerusi internet menjadi salah satu cara mendapatkan pekerja dengan cara yang pantas termasuk tugas sebagai tukang pancung.



Namun Kementerian Perkhidmatan Awam Arab Saudi, menggunakan kemudahan internet dengan mengiklankan lapan jawatan tukang pancung semalam, lapor ismaweb.







‘Tukang pancung diperlukan’, iklan yang disiarkan dalam laman web kementerian itu yang boleh dimuat naik mulai semalam.



Menurut laporan ismaweb, yang memetik laporan agensi berita asing mengenai iklan jawatan tersebut daripada agensi berita asing, pemohon tidak memerlukan sebarang kelulusan universiti dan iklan tersebut mendapat perhatian lamanweb di seluruh dunia.



Iklan tersebut berbunyi seperti berikut: “Lapan jawatan kosong sebagai tukang pancung yang diiklankan dalam laman web kementerian berkenaan tidak memerlukan calon memiliki latar belakang pendidikan tinggi bagi melaksanakan hukuman pancung mengikut undang-undang syariah Islam.”



Sebelum ini, pekerjaan sebagai tukang pancung di Arab Saudi dikatakan menjadi pekerjaan keluarga secara turun temurun.



Menurut laporan di ismaweb lagi, Arab Saudi berada di tangga ketiga antara lima negara tertinggi yang menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah pada 2014, selepas China dan Iran.



Ahad lalu, menurutnya, pihak berkuasa Arab Saudi memancung pesalah yang ke 85 tahun ini, berbanding 88 sepanjang tahun lalu.



Kebanyakan mereka yang dihukum mati itu terbabit dalam kes pembunuhan, tetapi 38 membabitkan kesalahan berkaitan dadah. Sebahagian besarnya pesalah adalah warga Arab Saudi sendiri, manakala selebihnya dari Pakistan, Yaman, Syria, Jordan, India, Indonesia, Burma, Chad, Filipina dan Sudan.



Malaysiakini










NAJIB AKHIRNYA MENGAKU TIADA WANG 1MDB DISIMPAN DALAM BANK SINGAPURA





Bank BSI Singapore sebelum ini dikatakan menerima dana 1MDB yang dipindahkan dari kepulauan Cayman.



Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengaku wang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura.





Dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini, menteri kewangan itu sebaliknya menjelaskan hanya baki pelaburan ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura yang tidak dinamakan.



"1MDB sudah menjelaskan baki pelaburan yang telah ditebus oleh 1MDB  adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang dolar AS di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti US Dollar.



"Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset ini," kata perdana menteri dalam jawapan bertulis hari ini kepada soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.



Pua berkata, pendedahan ini mengejutkan dan mengesahkan tiada wang tunai yang dibawa balik oleh 1MDB daripada Pulau Cayman.



"Maksudnya tiada wang tunai yang disimpan di Singapura, tapi hanya adalah aset. Aset ini pula hanya 'paper asset'," kata Pua pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.



Pua juga menyifatkan pelaburan yang diwar-warkan Putrajaya sebelum ini dibuat di Pulau Cayman adalah mengarut, malah nilai aset tersebut juga tidak diketahui.



"Ini semata-mata aset atas kertas, apa nilai sebenar kita tidak tahu. Bermakna mereka 1MDB hanya membuat pemindahan kertas daripada Pulau Cayman ke Singapura," katanya. 



Dalam jawapan bertulis itu juga, Najib bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada Bank Negara menerima kenyataan daripada pihak berkuasa Singapura tentang penyata palsu dihantar anak syarikat 1MDB kepada sebuah cawangan Bank BSI di Singapura seperti didedah oleh Sarawak Report baru-baru ini.



"Bagaimanapun, sebarang maklumat yang diterima adalah tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA.



"Menurut seksyen 10 AMLA, maklumat yang diterima hanya boleh didedahkan kepada agensi penguatkuas berkaitan yang menyiasat kes tersebut di bawah undang-undang mereka selepas mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa asing," kata jawapan lisan itu.



Susulan pengakuan terbaru ini, Pua membidas Putrajaya kerana menipu walaupun sebelum ini mengakui tentang wang dari Pulau Cayman yang dibawa pulang dan disimpan di Singapura.



Pada 10 Mac lalu, Najib dalam jawapan bertulis mengatakan sejumlah wang AS$1.103 bilion yang dibawa pulang dari Pulau Cayman sudah ditebus dalam bentuk wang tunai dan disimpan dalam mata wang dolar AS di BSI.



Najib juga mengatakan tujuan ia disimpan di Singapura adalah untuk memudahkan urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ketat BNM.



"1MDB perlu jelaskan perkara ini, kita selama ini diberitahu ada wang di Pulau Cayman, tapi terbaru pendedahan ini menunjukkan kita semua ditipu," kata Pua.



Menurut Pua, pengakuan Najib ini juga menjelaskan mengapa 1MDB bermasalah serta gagal membayar hutang yang ditanggung mereka.



"Ini salah satu sebab mengapa 1MDB tidak dapat membayar hutang mereka," kata Pua.



Sarawak Report dalam pendedahan membabitkan 1MDB mengatakan wujud bukti menunjukkan BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura.



"Dokumen dibekalkan kepada pelbagai pihak berkuasa oleh presiden 1MDB Arul Kanda bagi menunjukkan penyata akaun Brazen Sky pada November 2014‎.



"Namun bank swasta Switzerland memberitahu pihak berkuasa Singapura yang dokumen itu bukan berasal daripada mereka dan tidak menunjukkan dokumen sah ‎mengenai aset anak syarikat 1MDB," lapor Sarawak Report.



Menurut portal itu, maklumat mengenai penyata bank kemudian dilaporkan semula ke Malaysia pada 13 Mac lalu, 2 hari selepas perdana menteri yang juga menteri kewangan mengemukakan jawapan bertulis mengesahkan baki AS$1.103 bilion sudah ditebus kembali daripada dana Brazen Sky ‎di Pulau Cayman dan kini "disimpan" di BSI di Singapura. –  20 Mei, 2015.



Themalaysianinsider



Saturday, 16 May 2015

PENYOKONG TERENGGANU MERUSUH








KUALA LUMPUR: Penyingkiran Terengganu di separuh akhir Piala FA kepada Lions XII, malam tadi mencetus kekecohan di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu selepas ratusan penyokong merusuh sejurus berakhir perlawanan. Sekalipun menang 3-2, Terengganu gagal layak ke final selepas kedudukan agregat 4-4 memihak Lions XII menerusi kelebihan gol di tempat lawan. Kekecohan dikatakan tercetus selepas penyokong tidak berpuas hati dengan pembatalan gol Terengganu yang dijaringkan di minit-minit terakhir perlawanan kerana ofsaid.





PENGADIL diiringi anggota keselamatan selepas perlawanan berakhir. - Foto Aswadi Alias.



Dikhabarkan, sebuah ambulan terbakar dan meletop manakala cermin bas yang membawa pasukan Lions XII pecah. Selain itu, seorang anggota polis dipercayai cedera di kepala akibat diserang penyokong dengan cermin pintu stadium turut pecah.







Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55361










LAWAK AHAD:








Ada satu cerita, PM Singapura pergi ke Thailand, dia makan malam dengan Raja Siam.



Mula-mula mereka makan udang, PM Singapura tanya kat Raja Siam lepas makan

udang, apa orang Thailand buat dengan kulitudang?



Raja Siam jawab: "Kami tak buat apa, kami buang aje."



PM Singapore: "Ooo kat Singapura , kami kitar

semula kulit udang jadi keropok udang, lepas

tu kami eksport ke Thailand."



Lepas tu diorang makan limau pulak. PM Singapura tanya lagi" Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?"



Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami buang aje"



PM Singapura: "Ooo kat Singapura, kami recycle kulit limau jadi jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand".



Akhir sekali, mereka makan chewing gum, seperti biasa PM Singapura pun tanya "Apa

orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?"



Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami buang aje"



PM Singapura: "Ooo kat Singapura, lepas makan chewing gum, kami recycle jadi kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand"



Raja Siam pula tanya: "Apa orang Singapura buat dengan kondom selepas digunakan?"



PM Singapura jawab, " Kami tak buat apa, kami buang aje."



Raja Siam: "Ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadi chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapura"



Erk! muka PM Singapore jadi merah padam dan sebaik saja PM Singapura balik ke negaranya, dia terus haramkan chewing gum di Singapura, sampai sekarang!

Itulah kisahnya, kenapa chewing gum diharamkan di Singapura.












Wednesday, 13 May 2015

SAPA NAK LEPAS GERAM PASAI GST SILA MAIN GAME NI








Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan antara pemimpin paling kedepan mempertahankan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).



Justeru itu, beliau juga sekali gus menjadi pemimpin Umno paling dibenci pengkritik cukai kontroversi itu, khususnya di kalangan aktivis dan penyokong pembangkang.



Tidak cukup dengan sindiran dan perolokan diterima susulan kenyataan-kenyataannya, ketua penerangan Umno itu kini dijadikan watak zombie dalam sebuah perisian permainan untuk telefon pintar Android.



Permainan menembak zombie menggunakan senapang dan lastik itu dinamakan “Maslan 3.85 extended version”, dipercayai memperolok nilai Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) semasa menuntut di universiti.







Diperkenalkan syarikat dinamakan Vnbox Sdn Bhd yang beralamat di Ipoh, ia memaparkan watak zombie mirip Ahmad (kiri) yang berpakaian compang-camping, bergigi rongok dan kepalanya pecah.



Di poket bajunya pula diletakkan tulisan GST.



Pengguna diberikan misi untuk menembak dan melastik watak itu sehingga mati dalam tempoh 100 saat untuk setiap peringkat, termasuk di Parlimen dan Putrajaya.



“Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan kenyataan menyakitkan hati oleh menteri-menteri kita? Jangan risau... lepaskan kemarahan anda dengan Maslan 3.85 Corrupted Version,” menurut penerangan di tapak muat turun Google Play.



“Sebarang persamaan sama ada dari segi rupa, bentuk muka, jantina dan warna kulit mahupun senyuman dengan individu yang masih hidup ataupun meninggal dunia adalah sekadar kebetulan semata-mata.”



Percuma 'tanpa GST'



Tidak jelas bila ia tersedia tetapi berdasarkan maklumat di tapak seliaan gergasi Internet Google itu, ia kali terakhir dikemas kini pada 6 Mei lalu dan dimuat turun kira-kira 100 kali, setakat laporan ini ditulis.



Dalam penjelasan itu, Vnbox menjelaskan bahawa watak “Maslan 3.85” itu hanya rekaan dan “tiada kaitan dengan mana-mana VIP atau penjawat awam berjawatan tinggi yang sedang popular sekarang”.



Permainan itu boleh dimuat turun secara percuma “tanpa GST”, kata syarikat itu lagi.



Berdasarkan maklumat di Google Play, Vnbox dikatakan syarikat sama yang menyediakan perkhidmatan "e-aduan Perak" - sebuah perisian untuk pengaduan masalah di sektor awam negeri itu.





MKINI